Thursday, December 16, 2010

.: Cerita Kehidupan :.

Disaat teringatkan mummy di kampung dan terkenangkan arwah abah,aku terbaca entry yang boleh dijadikan satu pengajaran dalam diri.....
(sama berkongsi)

Akuarium Kehidupan



Si kecil Muthiah berjalan mundar mandir mengelilingi akuarium baru pemberian bapanya sempena hari lahirnya yang ke-9 baru-baru ini. Melihat telatah anaknya yang comel, Solehah mula bersuara.

Solehah : Muthiah sayang, apa yang direnung akuarium hadiah dari abbi tu?
Muthiah : Ti'ah tak tau nak buat apa dengan akuarium ni ummi...
Solehah : Sebab akuarium tu masih kosong, maka Ti'ah tak tahu apa kegunaannya. Ni untuk Ti'ah.

Ujar Solehah sambil menghulurkan plastik berisi batu-batu kecil berwarna-warni, mesin bekalan oksigen dan makanan ikan.

Solehah : Sekarang Ti'ah ke dapur, sambungkan paip getah. Ummi nak masukkan air dalam akuarium comel Ti'ah ni. 
Jangan lupa ambil botol berisi ikan atas meja tu ye.
Sebuah akuarium yang mula nya kosong.....

Muthiah berlalu ke dapur dengan akur selayaknya sebagai anak yang solehah.

Solehah : Sekarang Ummi nak Ti'ah fikirkan dan gunakan semua yang Ummi bagi untuk hiaskan akuarium Ti'ah.

Bagaikan seorang pelajar yang diarah gurunya, Muthiah melaksanakan setiap yang disuruh umminya dengan dimulakan lafaz basmalah......

Muthiah : Mula-mula Ti'ah nak letak batu-batu yang berwarna-warni di dasar akuarium supaya ia kelihatan cantik dan ceria. Kemudian Ti'ah akan masukkan air dan pasang mesin bekalan oksigen supaya ikan Ti'ah tak mati. Sebab lazimnya ikan perlukan air dan hidupan perlukan oksigen. Betul tak ummi?
Solehah : Tepat sekali sayang.
Muthiah : Dan sekarang Ti'ah nak masukkan ikan yang comel ni. Lepas tu, Tiah nak bagi ikan ni makan.

Muthiah menggoncang bekas makanan ikan di bahagian atas akuarium yang terbuka sambil senyuman manis terukir dibibir mungilnya.

Muthiah : Selesai ummi...

Perbualan antara Solehah dan Muthiah dicelah oleh Zulfaqqar yang asyik memerhati dari awal.

Zulfaqqar : Boleh abbi bantu Ti'ah letakkan akuarium Ti'ah diatas meja?
Muthiah    : Boleh, boleh. Terima kasih abbi.
Zulfaqqar : Agak-agak Ti'ah, kenapa perlu letakkan akuarium ni atas meja? Kenapa tak letak atas lantai je? Kan senang Ti'ah nak bagi ikan ni makan?

Begitulah lazimnya kehidupan keluarga mawaddah ini, persoalan untuk si anak sering diajukan bukan kerana ingin memaksa atau suka-suka namun inilah cara terbaik untuk mendidik dan melatih mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

Muthiah : Ti'ah rasa, tak nak bagi kucing makan ikan Ti'ah dan juga mungkin tak nak bagi abbi tersepak akuarium Ti'ah ni.

Berderai tawa Solehah dan Zulfaqqar mendengarkan jawapan dari si cilik harapan mereka. Si cilik yang bakal menjadi penyambung rantai perjuangan Rasulullah s.a.w.

Solehah : Ti'ah..sebenarnya, ada sebab kenapa ummi dan abbi memilih untuk hadiahkan akuarium ni untuk Ti'ah.
Muthiah : Kenapa ummi?

Perhatian Muthiah mula terpancing dan menyebabkan dia kini duduk di ribaan ummi tercinta.

Solehah : Akuarium tu ibaratnya kehidupan kita. Kita letakkan batu-batu berwarna warni di dasar akuarium sebagai peghidup suasana ceria, begitu juga dengan masalah. Allah timpakan kita dengan masalah supaya kehidupan kita lebih indah kerana dengan setiap masalah kita dapat menilai tahap keimanan kita.
Zulfaqqar : Air tu ibarat iman. Fitrahnya insan perlukan keimanan. Iman itu ertinya percaya. Ti'ah lihat saja bukan muslim juga masih beriman namun bukan dengan Allah tetapi dengan kepercayaan terhadap perkara dan benda-benda lain. Manakala oksigen pula zikrullah. Tanpa oksigen, ikan akan mati, tanpa zikrullah hati kita akan mati. Ikan tu pula ibaratnya jiwa kita. Dalam kehidupan, masukkan jiwa kita agar kita senang menghadapi kehidupan dengan bijak berlandaskan keimanan.
Solehah : Kalau oksigen makanan hati, makanan ikan ni pula makanan jasmani kita. Sebab untuk beribadah, kita perlukan jasmani yang kuat. Ti'ah minta abbi letakkan akuarium di atas meja kerana Ti'ah nak elakkan dari kucing dan abbi kan? Maknanya Ti'ah nak jaga keselamatan akuarium tu. Begitu juga kehidupan kita sayang, perlu ada pergantungan dan pengharapan yang tinggi kepada Allah agar kehidupan kita sentiasa terjaga.
Zulfaqqar : Lagi satu ummi, Ti'ah. Jangan lupa tukar air tu secara berkala untuk pastikan kebersihannya dan kesihatan ikan tu sendiri. Macam iman kita, perlu selalu diperbaharui dengan syahadah dan istighfar.
Solehah : Sekarang Ti'ah dah jelas, sayang? Bila semua dah berada dalam kehidupan kita, maka berertilah hidup ini. Akuarium berisi ikan boleh kita jadikan hiasan di ruang tamu. Bila setiap insan masukkan jiwa dalam kehidupan dan letakkan setinggi-tinggi pegharapan pada Allah, maka berertilah hidup dia. Takkan kedengaran lagi suara-suara yang mengatakan kehidupan kosong tanpa erti dan tujuan.
warna-warna kehidupan yang bakal diwarnai

Muthiah menghadiahkan kucupan sayang buat ummi dan abbinya tanda terharu dengan cara didikan yang cukup berhikmah oleh mereka.

kalau tiap-tiap hari sama sahaja taklah berwarna-warna hidup ni kan...
huhuhu...



                                                  
jadi...


hadapi ujian dengan berlapang dada..
subhanallah...
warnakan kehidupan kita dengan warna-warnanya hidup ini...







By : auliya mazlan